Friday, February 26, 2010

Sahabat Kita Kembali ke Rahmatullah

Pada tanggal 25 Disember 2009, sahabat kita Faizal Mohd Ramli dari unit D(92-94) kembali ke Rahmatullah. Menurut cerita sahabat kita Uteh, beliau meninggal ketika tidur. Aku pun tak tahu cerita selanjutnya. Berita ini aku baru saja terima dari Uteh ( 27 Feb. 2010 ) kebetulan isteri arwah menelefonnya. Sebenarnya aku amat terkejut sekali, dalam akhir tahun lepas, sempat juga dia bercat dalam blog.Aku terkejut sangat, maklum waktu di maktab kami sama-sama berhujan panas waktu latihan rugby, bagi kami keakraban rugby team hanya dapat dirasakan kepada sesiapa yang pernah menyertainya. Kepada keluarga Allahyarham mohon maaf andainya paparan ini tidak diizinkan. Kapada sahabat semua maafkanlah apa jua perkara yang kurang menyenangkan atau apa jua rezeki atau sebagainya, halalkanlah dan maafkanlah selama arwah pernah bersama-sama kita. Kepada semua sahabat juga doakanlah moga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.Amin... Al Fatihah.

1 comment:

  1. masih terngiang2 lagi suara faisal masa aku call dia bertanya khabar,alih2 dia dah pergi meninggalkan kita semua.

    ReplyDelete